Monday, August 11, 2008

BN TERUS YAKINKAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH: NAJIB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi di Permatang Pauh walaupun menyedari sentimen sokongan terhadap pembangkang kuat di situ.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum di Parlimen Permatang Pauh, sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos manakala mengundi 26 Ogos ini.

No comments: