Monday, August 11, 2008

BUANG SANDIWARA ANWAR DAN BIARLAH RAKYAT MENERUSKAN KEHIDUPAN HARIAN

Terjemahan artikal tulisan YM Tunku Abdul Aziz yang disiarkan pada 27 Julai 2008 dalam akhbar New Sunday Times. Penulis adalah Penasihat Khas, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan etnik.

Saya merasakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menghadapi symptom Paranoia. Ketaksuban mengenai konspirasi politik terhadapnya, seolah-olah menyebabkan reputasi dan kredibilitinya tergugat dengan teruk sekali.

Sehingga ke hari ini dia tidak dapat memberikan apa-apa bukti menyokong dakwaannya.
Secara praktikalnya apa yang dapat saya lihat, dakwaan yang dia telah dianiaya oleh pihak kerajaan hanyalah satu sandiwara politik untuk menagih simpati orang ramai dan menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang senang ditipu atau diperdaya.

Kepada mereka yang yakin adalah konspirasi, tentu mereka dapat merasakan kewujudannya sebagaimana dikalangan orang-orang Amerika pada era Mc Carthyism, dibelenggu ketaksuban yang mereka akan diserang komunis pada bila-bila masa sahaja.

Anwar mengharapkan satu prosedur yang ketat dari pihak berkuasa dalam membuktikan pendakwaan terhadap dirinya, sedangkan dia sendiri tidak berbuat demikian terhadap dirinya. Dia membuat dakwaan keterlaluan yang kes liwat terhadapnya adalah satu rancangan jahat dan konspirasi terbesar oleh bekas pembantunya bagi menggagalkan usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Sebenarnya dakwaan tersebut adalah stu tekaan atau telaannya sahaja melainkan dia dapat membawa bukti-bukti yang sahih. Ramai rakyat Malaysia tidak sabar menunggu Anwar mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Tidakkah Anwar sedar bahawa orang ramai boleh dan apabila sampai ketikanya akan membuat andaian sendiri mengenai keengganannya memberikan sample darah untuk ujian DNA.

Kenapa tidak selesaikan sahaja isu ini secepat mungkin supaya pihak polis dengan segera dapat membuat kepastian samada dia benar-benar difitnah dan dianiaya.

Pembaca sudah tentu mengingati kembali kisah 10 tahun yang lampau, apabila dia didalam tahanan, telah mendakwa pihak berkuasa cuba meracun dengan memasukkan arsenik di dalam makanannya.

Kesemua tuduhan Anwar sangat memeranjatkan dan dunia luar mengesa kerajaan memberi keadilan kepadanya.

Namun, hasil ujian yang dilakukan di Australia menunjukkan sebaliknya. Anwar langsung tidak kesal akan perbuatannya apabila nama Malaysia diburukkan alehnya di mata dunia.

Dalam keadaan hanya satu perundangan untuk semua, tidak seorangpun boleh meminta supaya prosedur perundangan Negara boleh diketepikan hanyan kerana rasa curiga dan kurang percaya kepada pihak polis. Apakah ada bukti-bukti untuk menyokong tuduhan sebegini.

Anwar, mengambil kira perjalanan politiknya, kini berhadapan dengan risiko disamakan dengan kisah budak pengembala biri-biri yang mempermainkan orang kampung dengan menjerit meminta tolong dari mereka kerana diserang serigala berkali-kali.

Dia perlulah secara rela hati menjalani ujian DNA dan jika perlu di bawah kumpulan pemerhati dan pakar berkecuali jika ini boleh membantu.

Pihak polis pula telah banyak memberi muka dan melayan kes Anwar melebihi dari yang sepatutnya. Dan sekiranya dia tidak bersalah tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali sebaliknya.

Konspirasi atau tidak, Anwar sendiri tahu segala-galanya bergantung kepada perincian fakta : Bagaimana dia boleh berkuasa melainkan dengan bertunjangkan politik yang tidak berprinsip dan manipulasi.

Dia perlu menunjukkan yang dia tidak mengabaikan moral dan prinsip-prinsip etika dan ini adalah satu-satunya cara untuk dia mengembalikan moral dan darjat yang dia pernah duduki.

Kepercayaan rakyat yang waras pemikirannya digunakan oleh dia satu masa dulu, sudah semakin pudar.

Apa sudah jadi dengan ramalannya yang para pemimpin di Negeri Bawah Bayu merentas Laut Cina Selatan akan melompat kepadanya dan kerajaan sedia ada tumbang dan dia akan membentuk sebuah kerajaan baru.

Dia telah menconteng arang dan mencela reputasi para pemimpin politik di Sabah. Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah seburuk yang disangka dan mereka berpegang atas prinsip-prinsip harga diri dan moral etika yang tinggi.

Saya tak boleh bayangkan mereka sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat membelakangkan pengundi dengan jolokan wang atau pangkat dari Anwar.

Apakah yang hendak Anwar tunjukkan kepada rakyat, dan terutamanya kepada generasi baru yang mula hendak memahami senario politik tanahair.

Jika menjatuhkan kerajaan ini menjadi matlamat hidupnya, walau dengan apa cara sekalipun, tentu ada masa dan tempatnya seperti yang termaktup dalam proses pemilihan. Tempatnya adalah di peti undi dan masanya adalah pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi dan apa hak kita untuk merubah kerajaan dengan cara di luar dari perundangan yang ditetapkan.

Saya sedia maklum mainan rentak pembangkang yang selalu mengatakan proses pilihanraya di sini tidak telus pada setiap kali pilihanraya. Apabila mereka memenangi lima negeri, semuanya senyap membisu dan tiada kedengaran cacat celanya pada sistem yang mereka sendiri cemuh setiap kali ketika dulu.

Saya dapat rasakan yang mereka juga mengakui kemenangan besar yang tak disangka sehingga dapat menawan banyak kerusi.


No comments: